Wednesday, October 7, 2009

ANGGOTA PETUGAS KHAS DILANTIK TANGANI PKFZ

KUALA LUMPUR 7 Okt. — Kerajaan hari ini mengumumkan 11 anggota Pasukan Petugas Khas dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan bagi memulihkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) serta mengenal pasti langkah untuk memajukannya.
Pasukan petugas itu juga, antara lain, akan menentukan salah laku atau perbuatan jenayah mana-mana individu atau entiti yang terlibat dalam projek tersebut serta mengesyorkan tindakan yang perlu diambil terhadap mereka, menurut Mohd. Sidek dalam satu kenyataan.


Menurutnya, pasukan petugas itu akan mengemukakan laporan kepada kerajaan dalam tempoh enam bulan, dan dari semasa ke semasa akan memanggil pihak-pihak berkaitan untuk memberi penjelasan dan pandangan.

Anggota panel yang dilantik ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Wan Abdullah; Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Kee Lian Yong.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif LIN Associates Sdn. Bhd., Tan Sri Dr. Lin See Yan; Vinayak P.Pradhan dari Tetuan Skrine and Co.; Pengarah Urusan PriceWaterHouseCoopers Advisory Services, Chin Kwai Fatt; Presiden Institut Akauntan Malaysia, Abdul Rahim Abdul Hamid dan Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.


( dari sumber Bernama )

komen : Langkah Kerajaan menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas bertujuan bagi memulihkan projek Zon Bebas perlabuhan Kelang ( PKFZ) serta mengenalpasti langkah pemulihannya. Ia juga bagi mengawal selia supaya tidak berlaku penyelewengan dalam PKFZ itu sendiri yang mana isu ini masih diperbualkan oleh orangramai.

No comments:

Post a Comment