Wednesday, October 7, 2009

SIASAT DAKWAAN NALAKARUPAN

PORT DICKSON - Pergerakan Pemuda UMNO menggesa polis menyiasat dakwaan bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S Nalakarupan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempunyai pelbagai sumber kewangan sebanyak RM3 bilion. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, memandangkan akuan berkanun yang disebut oleh Nalakarupan telah lama, tetapi perkara tersebut tidak harus dilupakan kerana ia berkaitan dengan sumber kewangan Anwar. Menurutnya, ia perlu disiasat dengan secepat mungkin kerana tuduhan seumpama itu tidak boleh dibiarkan begitu lama tanpa sebarang jawapan.

“Pemuda akan membuat laporan polis dan mendesak siasatan dan tindakan diambil dengan kadar segera kerana kita perlu tunjukkan kepada rakyat setiap aduan yang buat ada susulannya. “Tuduhan yang diperkatakan itu berkaitan dengan sumber kewangan penasihat PKR itu, oleh itu ia perlu disiasat dengan segera,” katanya kepada media selepas melawat Bilik Gerakan Pemuda di Kampung Sri Rusa.

(dari sumber Sinar Harian )

komen : Dakwaan Nalakaruppan perlu diambil perhatian, kerana beliau dahulu adalah rakan baik Anuar Ibrahim. Perkara ini perlu didedahkan kepada rakyat supaya rakyat tahu dan menilainya.

No comments:

Post a Comment