Monday, October 5, 2009

SIKAP PEMBANGKANG DAKWA PEMBOHONGAN

PORT DICKSON – Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Pas, Salahuddin Ayub menegaskan dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Azeez Rahim yang lebam dipukul Pemuda Pas sebagai satu pembohongan. Menurutnya, pada hari Penamaan Calon kelmarin, Azeez telah berjumpa dengan beliau dan menunjukkan kesan lebam terbabit tetapi apa yang dilihat tiada langsung kesan lebam malah bajunya turut masih kemas dan bersih. “Saya pelik bagaimana dakwaan yang dibuat Azeez yang mengatakan beliau dipukul oleh sembilan orang pemuda Pas tetapi datang kepada saya dengan senyuman dan baju yang masih kemas. “Oleh itu, saya berpendapat beliau telah berbohong kepada media dan rakyat Bagan Pinang di mana beliau telah mencari satu publisiti murahan,” katanya pada sidang media di Markas Tarbiah Pas di sini, semalam. Ditanya sama ada Pas akan membuat laporan polis bahawa Azeez telah berbohong, Salahuddin menjawab Pas tidak akan melayan kerenah sebegitu dan biarlah rakyat yang membuat pertimbangan sewajarnya. “Biarlah dia, memang perkara sebegini biasanya berlaku pada pilihan raya kecil seperti ini,” katanya. Selain itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menjelaskan Pas akan membuat pendedahan secara harian mengenai salah laku dan janji-janji yang telah dibuat oleh calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad ketika beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. “Saya akan bongkar lebih banyak pendedahan esok (hari ini) dan hari-hari yang akan datang tentang ‘projek-projek terbengkalai’ dan salah laku beliau. “Perkara ini yang paling dibimbangkan dan ditakuti oleh BN kerana mereka tidak mahu rakyat tahu mengenainya,” katanya.

komen : Itulah sikap pemimpin parti Pas yang menidakkan perbuatan penyokongnya. Jika berlaku di atas dirinya bising diseluruh negara dan menyalahkan orangramai terutama pihak Kesalamatan. Jika ini berlaku pembohongan besar yang sentiasa dilakukan oleh parti pembangkang dalam negara ini. Rakyat dah tahu menilai mana kebenaran. Siasatan pihak keselamatan akan diketahui juga manti.

1 comment:

  1. Memang puak puak tu tak akan mengakui kejahatan mereka kerana tiap tiap hari pun dok buat jahat je. Tetapi jaga; kalau ada peluang dia; najis sendiri yang masih panas pun dilontar ke baju orang lain.

    Puak puak tu, kalau mahkamah sekali pun menjatuhkan hukuman dia akan kata mahkamah pula yang tak betul. Memang tak akan mengaku punya.

    ReplyDelete