Wednesday, October 28, 2009

JEFFREY LETAK SEMUA JAWATAN DALAM PKR



KOTA KINABALU 27 Okt. - Kemelut kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus meruncing apabila Naib Presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan hari ini meletakkan semua jawatan dalam parti itu.
Beliau membuat keputusan drastik tersebut atas alasan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti berkenaan melayan kehendak PKR Sabah sejak sekian lama.
"Perkara ini (melayan Sabah secara tidak adil) bukan baru tetapi sejak 2007 lagi contohnya dalam hal menentukan Ketua Perhubungan PKR Sabah sebelum pelantikan Azmin Ali lagi.
"Walaupun 90 peratus PKR Sabah tidak bersetuju dengan pelantikan itu tetapi mereka lantik juga, ini mewujudkan ketidakstabilan (di Sabah) sampai sekarang.
"Saya tidak kesal dengan tindakan ini (melepas jawatan), ia berkait dengan prinsip saya. Bagaimanapun saya masih ahli PKR," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Jeffrey mengulas peletakan semua jawatannya sebagai Naib Presiden, ahli Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak serta ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR.


Krisis dalaman PKR Sabah memuncak apabila 18 daripada 23 ketua bahagiannya membantah pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.
Sebelum Azmin, PKR Sabah diterajui penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggantikan, Ansari Abdullah.
Ahad lalu, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pelantikan bekas Setiausaha PKR negeri, Thamrin Zaini sebagai Ketua Perhubungan PKR negeri yang baru.
Mengulas lanjut, Jeffrey berkata, peletakan semua jawatannya tidak ada kena-mengena dengan pelantikan Thamrin yang diberi kepercayaan menerajui kepimpinan PKR di negeri ini.
"Ini tidak ada kena mengena dengan pelantikan Thamrin, kononnya saya kecewa tidak dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah, ini hanya satu spekulasi," tegasnya.


Menurutnya, PKR Sabah memerlukan pemimpin yang berkebolehan dan mampu membawa perubahan sekali gus menang pada pilihan raya umum akan datang.


komen : Perpecahan dalam PKR telah menampakna kecaruannya kerana rasa tidak puas hati terhadap Datuk Seri Anuar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.

No comments:

Post a Comment