Wednesday, October 14, 2009

UMNO MESTI SANGGUP LAKUKAN PERUBAHAN

KUALA LUMPUR 13 Okt. - UMNO mesti sanggup melakukan perubahan kepada yang lebih baik kerana parti itu masih memiliki jenama yang diterima oleh rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tegas Presiden UMNO, perubahan itu harus merangkumi soal perpaduan, budaya hidup, sikap dan pemikiran serta tingkah laku ahli.
Beliau menekankan perubahan itu berasaskan kepada keinsafan bahawa parti kini berada dalam keadaan genting dan kritikal namun jika ahli bersatupadu dan sanggup membuat perancangan kerja yang baik, ia pasti akan diterima ramai.
''Saya beri contoh, kalau kita utamakan perpaduan dan permuafakatan (dalam gerak kerja), kita boleh capai kejayaan besar seperti pada pilihan raya kecil Bagan Pinang yang merupakan titik kebangkitan kepada UMNO.


''Kalau kepimpinan itu baik, berkesan dan diterima rakyat, tentu (perubahan) itu dapat dipertahankan, maknanya kita mesti sedar bahawa ketanggungjawaban kita sebagai pemimpin itu lebih berat, (apatah lagi) dengan pindaan perlembagaan (nanti), kalau kita tak tunjuk prestasi yang baik, kita akan terdedah kepada dicabar termasuk melibatkan kepimpinan atasan dalam Majlis Tertinggi (MT),'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.
Menurut Najib, dalam taklimat itu beliau menyingkap mengenai senario politik tanah air ketika ini serta cabaran yang harus dihadapi parti.
''Apa yang penting, kita (ahli UMNO) perlu sanggup bekerja kuat antaranya melaksanakan program penerangan dan bekerja untuk rakyat,'' katanya.
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang baru-baru ini menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang besar mengatasi Pas - isyarat jelas rakyat mahukan wakil daripada parti yang stabil dan berwibawa
.


komen : Perubahan mesti dilakukan, sikap yang terlalu mewah, tidak turun padang dan cuma mengambil peluang untuk kepentingan dirinya sahaja tanpa manghiraukan orang lain mesti dibuang.

No comments:

Post a Comment