Tuesday, October 13, 2009

PEMBANGKANG DISIFATKAN TALAM DUA MUKA



PULAU PINANG 12 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pihak yang mendakwa kononnya kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Bagan Pinang menunjukkan parti itu mengiktiraf rasuah sebagai talam dua muka.


Beliau berkata, ramai ahli dalam pakatan pembangkang juga menghadapi masalah sama termasuk Datuk Zaid Ibrahim yang dijatuhi hukuman oleh panel yang sama.
''Jangan lupa dalam pembangkang pun sama, Zaid diterima dengan hati terbuka oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), jadi jika mereka boleh menerima orang seperti Zaid, mengapa pula Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dijadikan sebagai isu besar," katanya.
Sebaliknya beliau berkata, Mohd. Isa telah pun menerima hukuman dan kesalahan yang dilakukannya itu juga bukan kesalahan jenayah tetapi melanggar etika parti.


''Malah di bawah perlembagaan negara, pesalah jenayah pun dibenarkan bertanding selepas lima tahun menjalani hukuman,'' katanya mengulas dakwaan kononnya kemenangan Mohd. Isa semalam menunjukkan bahawa BN mengiktiraf amalan rasuah seperti dilaporkan sebuah portal berita.


Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan anggota BN Pulau Pinang yang turut dihadiri Pengerusi BN negeri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman di sini hari ini.
Perdana Menteri juga berkata, Mohd. Isa adalah seorang yang setia kepada parti malah sangat popular di kalangan masyarakat di situ dan kesanggupan beliau berkhidmat kepada rakyat diterima baik oleh masyarakat.

( dipetik dari sumber dari Bernama )


komen : Itulah sikap pembangkang kalau tidak memyebelahi mereka, BN akan dileber dengan bermacam-macam dan kalau kena kepada mereka semua betul.

No comments:

Post a Comment