Wednesday, October 28, 2009

KLINIK 1 MALAYSIA DEMI KEBAIKKAN RAKYAT



IPOH 26 Okt- Langkah kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan klinik kesihatan komuniti yang dinamakan Klinik 1Malaysia mampu memberikan kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat berpendapatan rendah di bandar.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, ia secara tidak langsung akan membantu meningkatkan tahap kesihatan di kalangan golongan berpendapatan rendah di negeri ini.
''Kerajaan negeri menyambut baik langkah memperkenalkan Klinik 1Malaysia bagi rakyat yang tidak mampu mendapatkan rawatan di klinik berhampiran rumah mereka.
''Ini juga menandakan betapa hubungan di antara kerajaan dan rakyat juga semakin dekat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2010 di Parlimen Jumaat lalu, mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan klinik kesihatan komuniti yang dinamakan Klinik 1Malaysia di kawasan bandar yang berfungsi seperti klinik desa di luar bandar.
Hang Soon berkata, menerusi usaha murni tersebut, beliau yakin dan percaya, rakyat yang berpendapatan rendah di bandar dapat mengurangkan perbelanjaan untuk menikmati kemudahan rawatan kesihatan yang lebih baik.

( dipetik sumber utusan malaysia )


komen : Ia satu langkah yang baik demi menjaga kesihatan rakyat yang tidak mampu ke klinik swasta dan dengan ada klinik 1 malaysia yang cadangan Dato Seri Najib, Perdana Menteri, akan membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan di klinik tersebut.Ia satu langkah yang baik dan bijak.

No comments:

Post a Comment