Wednesday, October 7, 2009

PENGGUNDI MESTI BANGKIT AYAT SUCI AL QURAN DIPERMAINKAN OLEH BUKAN ISLAM

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang perlu bangkit 'mengajar' Pas berikutan penyelewengan berterusan parti itu terhadap Islam termasuk membenarkan penggunaan ayat al-Quran oleh bukan Islam di pentas politik.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebab itu umat Islam perlu berani bangkit menyuarakan yang benar kerana penyelewengan oleh Pas itu sudah mencapai tahap yang maksimum.
''Cukuplah mereka memperdayakan masyarakat dengan menyalahgunakan agama dan kita mesti bangkit menyatakan yang benar.
''Seruan ini mesti disambut oleh mereka yang berani berkata dan mampu untuk menyatakan pendirian demi menjaga imej agama sendiri.
''Ini sebelum ia terus menerus dijahanamkan oleh mereka yang kononnya menjadi satu-satunya 'penerang' kepada negara,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pameran Syed Ahmad Jamal: Pelukis di Balai Seni Lukis Negara di sini hari ini.
Rais mengulas mengenai kenyataan pemimpin Pas yang tetap menghalalkan penggunaan ayat suci al-Quran oleh bukan islam di pentas politik walaupun ia dibantah oleh beberapa tokoh agama bukan politik.
Beberapa hari lalu, pemimpin bukan Islam pakatan pembangkang menggunakan ayat suci al-Quran di atas pentas ceramah Pas pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang.
Dalam ceramah itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tanpa segan silu menggunakan ayat suci al-Quran bagi menarik perhatian penyokong parti itu
.


Komen : Sikap pemimpin pembangkang yang bukan beragama Islam mengunakan ayat suci Al Quran semasa menyampaikan ceramahnya di pentas Pas di Bagan Pinang mengambarkan ia mempersendakan ayat suci Al Quran sedangkan beliau bukan seorang Islam. Jangan dipermainkan ayat Al Quran kerana beliau bukan islam, yang tidak sepatutnya mengunakan ayat Al Quran dalam ceramahnya.Jika pemimpin Pas tidak menegur dan melarangnya penggundi di Bagan Pinang boleh mengajarnya
di masa hari pembuangan undi nanti.

No comments:

Post a Comment