Tuesday, October 20, 2009

KETUA MENTERI P PINANG DIBIDAS CUBA KELIRUKAN RAKYAT

PULAU PINANG 19 Okt. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dibidas hari ini kerana cuba mengelirukan rakyat menerusi kenyataannya bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Percetakan dan Penerbitan akan dihapuskan jika pembangkang berjaya membentuk Kerajaan Pusat.

Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, Guan Eng tidak bercakap benar apabila menyatakan pakatan pembangkang akan membenarkan 'kebebasan bersuara sebenar' di Malaysia jika ia berkuasa di peringkat Pusat.
Beliau berkata, Guan Eng mengelirukan penduduk Pulau Pinang apabila mendakwa beliau menggalakkan kebebasan bersuara sedangkan pada hakikatnya Ketua Menteri itu melakukan sebaliknya.
''Hingga hari ini beliau masih memboikot New Straits Times dan Utusan Malaysia hanya kerana kedua-dua akhbar berkenaan enggan menyiarkan segala apa yang beliau ucapkan,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Kelmarin ketika menghadiri majlis Makan Malam Tahunan Kelab Media Pulau Pinang Guan Eng dilaporkan berkata, jika pakatan pembangkang membentuk Kerajaan Pusat, ia akan menghapuskan kedua-dua akta tersebut.
''Ketua Menteri memang dikenali cakap lain buat lain,'' kata Tong Keong.

( dipetik dari sumber Utusan Malaysia )

komen : Itu adalah sikap pembangkang cuba mengabulkan mata rakyat dan menjanjikan berbagai bagi meraih sempati rakyat agar menyokong mereka. ISA tidak wajar dihapuskan kerana banyak kebaikannya dan begitu juga Akta Hasutan perlu dikekalkan jika tanpa kawalan ngara akan hancor akibat hasutan di media mengakibatkan kaum-kaum yang ada ini berbalah kerana tidak mempercayai kaum-kaum yang lain yang ada di negara ini.

1 comment:

  1. Kebebasan bersuara itu apabila mereka boleh pegang kuasa untuk paksa orang lain ikut saja.

    ReplyDelete