Thursday, October 1, 2009

DI LARANG BERKEMPEN - SPR



PORT DICKSON 30 Sept. – Mana-mana parti yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang dilarang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak tegas terhadap mana-mana parti yang berbuat demikian.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka.
“Kita mahu parti yang tidak bertanding, janganlah menyusahkan SPR dan pihak keselamatan.
“Jangan cuba melanggar undang-undang kerana parti yang tidak bertanding ini tidak membayar deposit bahan kempen serta pilihan raya. Jadi mengapa mereka hendak menumpang,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus dan petugas SPR di sini hari ini.
Dalam pada itu, SPR juga bertegas dalam soal larangan berkempen pada hari pembuangan undi iaitu 11 Oktober ini.

komen : Larangan pemasangan poster, logo dan gambar pemimpin mereka kepada parti-parti gabungan yang tidak berdaftar adalah satu langkah yang baik. Ia hendaklah dilaksanakan dan jangan mencari kesalahan SPR sahaja. Jika parti-parti gabungan tidak berdaftar secara sah, ia tidak dibenarkan sebarang pemasangan poster, logo dan pemimpin mereka semasa proses kempen dijalankan kerana ia akan menganggu parti-parti yang bertanding. Peraturan mesti diikut dan dikuatkuasakan.



1 comment:

  1. Ngapa bingung sangat deme ni, yang bertanding PAS, bukan DAP atau PKR, ngapa mereka yang sebuk-sebuk nak pasang sepandk......, kalau mereka berdaftar bawah satu parti macam BN, barulah boleh....., tapi sampai sekarang puak-puak pengkhianat ni tak berani daftar bawah satu lambang......... sebab apa ? sebab pakatan mereka adalah satu pakatan jahat, rompak, dan menghancurkan umat Melayu....

    ReplyDelete