Friday, October 2, 2009

LARANGAN MEMASANG BAHAN KEMPEN KERANA GABUNGAN PKR TIDAK BERDAFTAR DENGAN SPR



SEREMBAN – Larangan memasang bahan kempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mendapat reaksi berbeza pemimpin pakatan pembangkang di negeri ini. Ketua Pembangkang, Loke Siew Fook berkata,tetapi hanya membabitkan bilik gerakan pilihan raya yang terletak di Batu 9, Port Dickson saja. “Kalau tidak boleh pasang di jalan, kita akan pasang di bilik gerakan pilihan raya sahaja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam. Sementara Ahli Jawatankuasa PKR negeri, Rashid Latiff pula berpendapat, tindakan SPR itu adalah untuk menghalang parti komponen pakatan pembangkang menjalankan kempen pada pilihan raya kecil itu. “Mengapa SPR melarang kita untuk mengibarkan bendera? Adakah mereka mahu jatuhkan Pakatan Rakyat (PR)? Saya berpendapat hal ini mesti ada campur tangan dengan pihak lain,” katanya. Menurut Rashid, berikutan arahan SPR itu, pihaknya terpaksa menanggung kerugian besar kerana selain bahan kempen Pas, mereka juga telah mengeluarkan belanja besar untuk menyediakan bahan kempen membabitkan PKR dan DAP. “Kita tidak tahu yang arahan sebegini akan dikeluarkan SPR dalam masa terdekat. Pelbagai rancangan kempen telah diatur, dan ini pasti akan membantutkan perancangan kita,” katanya. Kelmarin, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hanya parti bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober dibenarkan memasang bahan kempen. Katanya, SPR hanya mengiktiraf Pas dan Barisan Nasional (BN) serta bebas sekiranya ada, dan bukannya gabungan Pakatan Rakyat kerana ia tidak didaftarkan.
komen : Larangan kempen itu adalah satu peraturan kerana parti-parti gabungan tidak berdaftar. Semua yang bertanding perlu mengikut peraturan pilihanraya yang ditetapkan oleh SPR. Mengapa parti gabungan dalam PKR tidak berdaftar cuma pandai mencari kesalahan kepada SPR sahaja, itu sahaja yang mereka tahu. Bila tidak boleh pasang poster kata kerajaan BN yang di tuduhnya> Itu semua dah perkara lapuk dan panggun telah faham permainan pembangkang di negara ini.

3 comments:

  1. Tak boleh pakai alasan kerana dah sediakan bahan tu. Bahan Parti yang tidak bertanding (tidak terlibat) tak boleh dipamir itu bukanperaturan baru. Kenapanak sibuk 2. Saja je tu cari masaalah nak buat isu. Tak payah laaa..........
    ORANG DAH TAHU DAH.

    ReplyDelete
  2. Salam, kalau nak pamer juga logo dan bendera mereka, kenapa masih lagi takut nak daftar bawah satu parti macam BN ? Itulah kerja-kerja munafik mereka.......

    ReplyDelete
  3. susah sangat ke nak berdaftar tu...mcm nak pinang puteri gunung ledang kot

    ReplyDelete