Wednesday, October 28, 2009

PAS TUTUP PINTU RUNDINGAN



KUALA LUMPUR - Pas memutuskan untuk menutup semua pintu rundingan dan perbincangan dengan UMNO berhubung cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu Kerajaan Perpaduan tidak timbul lagi kerana perkara tersebut hanya dibangkitkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. “Sudah tutup buku, Kerajaan Perpaduan :tak ada lagi. Perdana Menteri zaman itu (Abdullah) pun sudah berhenti...Tak timbul lagi, sekarang Perdana Menteri baru. Itu konsep yang kita timbulkan masa zaman (Tun) Abdullah,” katanya kepada media di Lobi Parlimen di sini, semalam.


Ditanya mengapa Pas menghentikan hasrat pembentukan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO, Abdul Hadi berkata, keadaan sekarang sudah berubah kerana pemimpin baru dalam UMNO kini masih tidak diketahui sikap dan kedudukan mereka berkenaan konsep tersebut. :Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, UMNO juga tidak lagi membangkitkan isu Kerajaan Perpaduan :sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional (BN) buat masa ini sedang menguruskan krisis yang dihadapi oleh parti komponen mereka. :“Tak ada tawaran dan BN pun sedang mengurus rumahtangganya. MCA belum selesai, MIC belum selesai. Macam mana kita nak naik rumah dia kalau rumah dia kelam kabut,” katanya.


Berhubung soalan sama ada Pas sedia untuk membincangkan kembali mengenai Kerajaan Perpaduan dengan UMNO, beliau berkata: “Masa depan kita tak tahu.” Diminta mengulas sama ada beliau menghadapi krisis dalaman dalam Pas berhubung idea pembentukan Kerajaan Perpaduan tersebut, beliau menafikan mengenai perkara itu kerana apa yang berlaku hanyalah perbezaan pandangan.


“Kita ada demokrasi dalam Pas, semua pihak boleh meluahkan pandangan masing-masing dan saya yakin kita dapat selesaikannya dengan baik,” katanya. Hadi turut membidas pandangan sesetengah pihak yang mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu untuk mendesak diadakan Muktamar Khas untuk membincangkan beberapa ‘pemimpin bermasalah’. “Saya tidak percaya dengan pandangan ini, kita ada hubungan baik antara satu sama lain, saya juga ingin menjelaskan bahawa isu Kerajaan Perpaduan muncul tiada kena mengena dengan tawaran dari Barisan Nasional (BN),” katanya.


Ditanya sama ada Muktamar Khas yang dicadangkan Nik Aziz perlu diadakan atau tidak, Hadi menjelaskan Mesyuarat Pusat Pas akan menentukannya. Ditanya sama ada Nik Abdul Aziz patut hadir ke mesyuarat khas Pas, Abdul Hadi berkata: “Itu terpulang kepada kesihatan beliau. Kita memahami kesihatan beliau kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan juga sedang bersidang ketika ini.”

( dipetik dari sumber utusan malaysia )


komen : Kepimpinan PAS sanggup menjalinkan hubungan dengan DAP yang terang-terang menolak Islam dalam dasarnya. Apakah PAS dapat diterima, sebenarnya mereka telah hilang sokongan kerana sikap Nik Aziz yang banyak mengeluarkan fatwa menyebabkan sokongan orangramai telah hilang kepercayaan kepada PAS. Golongan penyokong PAS yang duhulu setia sudah hilang kepercayaan kepada parti PAS kerana beberapa-beberapa isu tidak diselesaikan dengan baik. Contohnya isu penjualan arak di Selangor, Isu babi di Kedah, Ayat Al Quran dipersendakan oleh orang kafir, orang bukan Islam mempertikaikan azan dibunyikan keluar dari masjid dan surau iaitu semasa majis dailog isu kuil di Seksyen 23 Shah Alam, isu kuil di Seksyen 23 Shah Alam dan banyak lagi isu tidak dipertahankan oleh dan dibiarkan begitu sahaja oleh pemimpin PAS sedangkan mereka kata parti mermperjuangkan Islam atau untuk demi kepentingan mereka sahaja ke, atau sayangkan jawatan.

3 comments:

  1. Salam bro, biarlah mereka dengan keegoan mereka, kita sebagai pendokong UMNO perlu bersabar dan meneruskan usaha-usaha DS Najib untuk memperkasakan UMNO agar sentiasa diyakini rakyat khususnya orang Melayu.............

    ReplyDelete
  2. Tarima kasih atas komen Yang Gambi,
    Semoga teruskan perjuangan anda.

    ReplyDelete
  3. Lorrr....cadangan kerajaan perpaduan tu bukan dicadangkan oleh Hadi masa Najib jadi PM iaitu menjelang pilihanraya di Manik urai..ishh..Hadi ni udah ikut nyanyuk nik ajis kut...kepada penyokong melayu pas sedar lah bahawa umno tak pernah pun mencadangkan kerajaan perpaduan tu..cuma pas je yang terhegeh-hegeh buat cadangan..Najib pulak menyambut baik cadangan tersebut disebabkan umpama tetamu dah muncul didepan pintu rumah ..mesti lah dijemput masuk..

    ReplyDelete