Monday, October 5, 2009

CADANGAN ELAUN WAKIL RAKYAT DINAIKKAN

KOTA BAHARU- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata elaun wakil rakyat negeri itu wajar dinaikkan sejajar dengan khidmat yang diberikan mereka kepada rakyat di kawasan masing-masing.Katanya cadangan kenaikan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan berlangsung dari 20 hingga 28 Okt ini. Beliau berkata cadangan kenaikan elaun itu adalah cetusan daripada wakil rakyat pembangkang dan bukan daripada anggota PAS."Memanglah elaun wakil rakyat atau Adun negeri ini wajar dinaikkan sesuai dengan tugas yang diberikan oleh mereka berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di Kota Darulnaim di sini hari ini.Sebelum ini, Ketua Pembangkang DUN Kelantan Datuk Mohd Alwi Che Mat mengalu-alukan cadangan kenaikan elaun wakil rakyat negeri ini sebagaimana yang dilaksanakan di negeri lain.Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, berkata walaupun elaun mereka dinaikkan, namun wakil rakyat daripada PAS menggunakan sebahagian elaun mereka untuk disumbangkan kepada parti dan rakyat sejak mula mentadbir negeri ini pada 1990 lagi."Cadangan kenaikan elaun ini sebenarnya terbit daripada wakil pembangkang yang mengemukakan usul dalam persidangan DUN sebelum ini bukannya daripada wakil PAS. Jadi, tidak timbul ia untuk kepentingan kami menyokong kerajaan," katanya.Mengenai bantuan mangsa ribut di negeri ini, Nik Abdul Aziz yang juga Adun Chempaka, berkata kerajaan negeri akan membantu semua mangsa ribut di seluruh negeri, termasuk 70 keluarga dalam kawasannya selepas selesai menjalankan kajian dan siasatan. ( sumber dari bernama )

komen : Itu adalah satu cadangan yang baik. Tugas wakil rakyat amat mencabar dan perlu menyelesaikan masalah rakyat di dalam kawasannya. Sewajarnya kenaikan mereka perlu dipertimbangkan. Jangan salahkan wakil pembangkang ( UMNO ) kerana jika dinaikkan semua wakil rakyat akan mendapat kebaikannya elaun tersebut termasuk dari Pas.

2 comments:

  1. Kah......kah.......kah........he......he.....he....

    Di mana letaknya amal jariah wakil rakyat PAS ?

    Tak cukup kah dengan bayaran 'syurga' dari Nik Aziz, wakil rakyat PAS berkhidmat untuk akhirat, bukan untuk dunia, apa pentingnya duit ?

    Khidmat macam mana yang wakil rakyat PAS buat di Kelantan ? kawan tenguk rakyatnya masih ramai tak terbela......... yang kawan tahu kerja wakil rakyat PAS, PKR dan DAP hanya pergi buat ceramah siang malam menghasut rakyat, lepas itru rakyat kena bagi duit kepada mereka, masih tak cukup ke ?

    ReplyDelete
  2. Ambao baco dalae blog upahae demo ado wokil raayak PAS, hok dok masuk dalae senarai kroni, yae merungut sakae pasa elaun. Ba'po pulok tudong nga namo orae lain tu. Se'sok nok jawa' guano tu.

    Eh.. Hok dok tadoh 'pioh tu dok padae ko.

    Tapi yo jugok. Mugo demo nok keno tamboh bini lagi kae? Molek laa orae kembojo rama tu. Keno tulong la jadi laki awok dio tu. Mugo awok dio tu putih gebu molek kae tu.

    Jangae maroh deh ? Mugo barae beto kae ?

    Selamat Ari Rayo. Maah belako laa deh.?

    ReplyDelete