Monday, October 19, 2009

EKONOMI NEGARA POSITIF 2010

KUALA TERENGGANU 18 Okt. - Ekonomi negara ini dijangka mencatat pertumbuhan positif tahun depan berdasarkan trend pertumbuhan ekonomi dunia sekarang.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, Malaysia yakin tidak lagi mengalami kemelesetan ekonomi tahun depan seperti yang berlaku pada suku pertama dan kedua tahun ini.
Katanya, walaupun pertumbuhan ekonomi negara pada suku pertama dan kedua tahun ini mencatatkan penguncupan namun kadarnya kian menurun.


Justeru, katanya, kerajaan menjangka prestasi pertumbuhan ekonomi pada suku tahun ketiga tahun ini akan mencatatkan pertumbuhan yang baik.
''Setakat ini, kita masih belum dapat memastikan sejauhmana prestasi pertumbuhan ekonomi negara namun ia merupakan satu andaian yang agak kukuh, pertumbuhan ekonomi dunia juga kini bergerak ke arah yang sama," katanya selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) kali kedua di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.


Mengulas lanjut Awang Adek berkata, pertumbuhan ekonomi negara yang positif itu akan membantu menarik kembali pelaburan ke negara ini.
Katanya, apabila pelaburan di negara ini kembali meningkat, ia secara tidak langsung membantu menyelesaikan masalah kehilangan pekerjaan oleh rakyat tempatan yang berlaku baru-baru ini.
''Syarikat-syarikat yang dahulunya memberhentikan pekerja kerana pengeluaran produk yang menurun sudah tentu akan mengambil semula pekerja apabila keadaan ekonomi pulih," jelasnya.


Justeru, beliau menasihatkan mereka yang kehilangan kerja mengikuti pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan termasuk dari Kementerian Sumber Manusia ketika ini bagi meningkatkan keupayaan dan kebolehan masing-masing.
''Dengan kemahiran ini, mereka akan lebih mudah mendapat pekerjaan apabila ekonomi negara pulih," katanya
.


komen : Kita berdoa agar kegawatan ekonomi akan pulih. Rakyat akan memberikan sokongan kepada kerajaan BN supaya terus mentadbir negara dengan baik.

1 comment:

  1. Salam bro, rakyat Malaysia akan sentiasa dilindngi Allah, kerana keikhlasan kepimpinannya......

    ReplyDelete