Monday, October 5, 2009

KETUA MENTERI PULAU PINANG TERUS KEKAL MILIK DAP





SHAH ALAM - Parti DAP menegaskan tidak pernah ada perbincangan mengenai peralihan kuasa Ketua Menteri Pulau Pinang dan jawatan akan kekal dipegang oleh Lim Guan Eng. Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang itu masih dikekalkan kerana tidak pernah timbul sebarang masalah dan berdasarkan keputusan pilihan raya umum ke-12 yang lalu. “Tidak akan ada sebarang perbincangan dilakukan kerana tidak timbul sebarang masalah berhubung perkara berkenaan. “Kita masih mengikut sistem yang sama. Tidak ada bezanya. DAP akan cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk rakyat di Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi: Sinar Harian:, di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum menjadi pemimpin selaras prinsip perjuangan gagasan Pakatan Rakyat (PR), keadilan untuk semua. Yusmadi berkata, formula politik baru itu perlu bagi menggantikan formula Barisan Nasional (BN) dan Perikatan yang memberi jawatan tertinggi itu hanya kepada kaum Cina dan jawatan timbalan ketua menteri kepada kaum Melayu. Tony Pua turut menyangkal dakwaan Mohd Yusmadi kerana ahli PKR tidak pernah membuat kenyaatan seperti itu. “Sebenarnya ahli PKR itu tidak pernah membuat kenyaatan seperti tersebut. Beliau telah menafikan pernah mengeluarkan kenyataan tersebut. Lagi pula, jawatan ini akan kekal dipegang oleh DAP kerana ia mengikut kemenangan kerusi pada pilihan raya lalu,” katanya.
komen : Kerajaan Pakatan Rakyat sepatut perlu berunding bagi memberikan kepuasan rakyat. Jangan dicucuk hidung oleh DAP dan dipergunakan demi kepentingan mereka sahaja.

1 comment:

  1. Salam,

    Sikap sesetengah orang Melayu yang tidak berubah sejak zaman kesultanan Melaka..... lebih rela bertuankan orang asing dari bangsa sendiri..... itulah sifat-sifat yang ditanamkan oleh Anwar Al juburi dan Niko Aziz PAS khawarij......

    ReplyDelete