Monday, October 26, 2009

PARTI SERPIHAN TIDAK KEKAL - ZAHID

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Para pemimpin UMNO yakin Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan saja tiada masa depan malah tidak akan kekal kerana sejarah politik Malaysia membuktikan bahawa parti serpihan hanya bersifat sementara.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti-parti utama seperti UMNO, MCA dan MIC ini bertahan kerana memberi keutamaan kepada pembelaan nasib dan hak rakyat.
''Manakala parti serpihan seperti Parti Melayu Semangat 46, Berjaya dan Hamim akhirnya menemui kegagalan kerana mereka memperjuangkan hak individu atau kumpulan tertentu saja.
''Itulah yang akan berlaku kepada PKR kerana mereka memperjuangkan kepentingan individu, lama kelamaan momentum untuk meraih sokongan rakyat itu akan hilang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad baru-baru ini yang menyifatkan Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan Naib Presiden, Azmin Ali.
Ahmad Zahid berkata, mengikut kajian akademik, lazimnya parti-parti yang memperjuangkan individu hanya mampu bertahan kira-kira 10 tahun
.


komen : Pejuangan gabungan pembangkang akan berkubur kerana perpecahan sesama mereka sudah menampakkan tanda perpecahan sesama mereka.

1 comment:

  1. Salam Matyen, mereka ini ibarat kumpulan lanun-lanun yang sedang bersama-sama merompak harta negara, tetapi tidak mampu untuk berbahagi-bahagi sama rata........... masing-masing mempunyai sifat tamak dan haloba.....

    ReplyDelete