Tuesday, October 6, 2009

PERDANA MENTERI PERJELASKAN PEMILIHAN ISA SAMAD



DATUK Seri Najib Razak menjelaskan Tan Sri Mohd Isa Samad layak menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dan berhak mendapat peluang kedua kerana beliau sudah menebus kesalahannya selepas menerima hukuman yang cukup berat. Perdana Menteri berkata, Mohd Isa kehilangan jawatan menteri dan Naib Presiden Umno kerana kesalahan melanggar disiplin parti, tetapi beliau tidak pernah menentang parti malah terus setia dan bekerja kuat untuk parti. "Ikut bacaan kita (BN), Isa adalah calon paling popular untuk bertanding di Bagan Pinang. Dalam sistem kita, penjenayah pun ada peluang kedua. Ada orang yang sudah dijatuhkan hukuman pun diberikan peluang kedua.


"Lagipun, ini (kesalahan yang dilakukan Isa) bukan kesalahan dari segi undang-undang negara, tetapi dari segi etika parti. "Jadi saya rasa beliau wajar menjadi calon," katanya ketika mengadakan dialog bersama pelajar Malaysia di Perancis di Pavillon Dauphine in Place du Marechal de Lattre Tassigny, malam kelmarin. Najib yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Perancis, ditanya oleh seorang pelajar mengapa BN mencalonkan Isa, sedangkan beliau pernah menerima hukuman kerana kesalahan politik wang. Ini tentu akan menimbulkan pelbagai tohmahan kepada BN.


Perdana Menteri menjelaskan BN memilih calon yang boleh memberi khidmat yang berkesan dan dikehendaki rakyat serta popular. "Jika pembangkang mahu menimbulkan pelbagai tuduhan, sebelah sana (pembangkang) lagi berat tuduhan dia. Banyak lagi boleh kita timbulkan berkenaan kes-kes sebelah sana. "Lagipun ini (pencalonan di Bagan Pinang) bukan jawatan menteri atau ketua menteri tetapi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Jadi Isa layak jadi calon. Insya-Allah beliau mempunyai peluang yang baik (untuk menang pilihan raya kecil Bagan Pinang)," katanya. Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Ahad ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Isa dan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.
( dari sumber berita harian )

komen : Pembangkang menyerang calon BN Isa Samad kerana itulah sikap mereka dalam apa cara mencari kesalahan. Di Lihat di Selangor apabila pembangkang disiasat oleh SPRM mereka juga menyerang SPRM dan menyalahkan kerajaan sedangkan banyak tindakan telah diambil tindakan atas kesalahan yang dilakukan tidak kira semua pihak termasuk kerajaan.



1 comment:

  1. Bagaimana dengan Kami akar-umbi yang ingin melihat UMNO tegas dengan rasuah dan tidak bertolak ansur..........

    Ramai pelapis di dalam UMNO, tapi sikap tidak tegas begini akan merosakkkan masa depan UMNO, secara tidak langsung UMNO mengalakkan dan menghalalkan rasuah.

    ReplyDelete