Friday, November 20, 2009

PAHANG BERHAK TUNTUT ROYALTI MINYAK

KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad meminta Kerajaan Pahang menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan kerana hasil minyak yang digali di perairan Terengganu mungkin dari kawasan negeri itu.

Abdul Rahman ketika membahaskan Bajet Kerajaan Negeri Pahang 2010 berkata, satu syarikat konsultan perlu dilantik bagi mengkaji perkara itu dalam usaha meningkatkan pendapatan baru Kerajaan Negeri yang sudah 12 tahun mengalami bajet defisit. “Terengganu diberi royalti minyak, Kelantan juga diberi peruntukan ihsan, kenapa Pahang tidak diberi, Pahang juga berhak,” katanya pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di sini, semalam. Abdul Rahman berkata, kebanyakan pelantar cari gali minyak di Terengganu bersempadan dengan Pahang dan tidak mustahil minyak yang digali itu disedut dari kawasan perairan Pahang.

Sekiranya kita layak kita berhak menuntut royilti minyak itu dari kerajaan pusat demi membangunkan Negeri Pahang yang disayangi.

1 comment:

  1. Matyen, kenapa sudah tiak lagi melawat blog kawan ? Pahang memang berhak menuntut royalti kalau Kelantan juga dapat...... kaya...kaya....kaya.... siapa kaya ?

    ReplyDelete